Hari ini kami telah dibekalkan dengan boot kawat, angklet dan tali pinggang putih dan pada minggu depan bermulalah sesi kawat selama hampir 2 minggu. Memang lama betul tak kawat. Apabila lihat boot kawat ni, teringat aku semasa sedang belajar di ITM Cawangan Dungun pada tahun 1983-1986 dulu. Pada masa itu, aku telah terpilih untuk menjadi Komander Kesatria dan telah menjalani latihan kawat selama 2 minggu di bawah kelolaan jurulatih dari pihak tentera. Latihan tersebut agak 'tough' juga, tapi masa tu semangat muda dan tenaga masih kuat. Kalau sekarang ni tak tahulah. Selama 2 minggu di 'lanyak' oleh jurulatih, aku telah dianugerahkan dengan 'Anugerah Semangat Kesatria' dan kami telah ditauliahkan sebagai Komander Rendah Muda (Kesatria) serta diiktiraf sebagai jurulatih kawat bagi melatih siswa siswi ITM yang mengambil ko-kurikulum Kesatria. Itulah kenangan manis semasa aku belajar di ITM dulu. Dalam kerjaya sebagai pegawai penjara pula, teringat aku semasa mula-mula kerja dahulu, selama 6 bulan aku tidak lekang dengan boot kawat ni. Tiap-tiap hari dok tenyeh kepada boot sampai kilat. Minggu depat.....bermulalah semula era itu. Tuesday, April 13, 2010
Kawat
Hari ini kami telah dibekalkan dengan boot kawat, angklet dan tali pinggang putih dan pada minggu depan bermulalah sesi kawat selama hampir 2 minggu. Memang lama betul tak kawat. Apabila lihat boot kawat ni, teringat aku semasa sedang belajar di ITM Cawangan Dungun pada tahun 1983-1986 dulu. Pada masa itu, aku telah terpilih untuk menjadi Komander Kesatria dan telah menjalani latihan kawat selama 2 minggu di bawah kelolaan jurulatih dari pihak tentera. Latihan tersebut agak 'tough' juga, tapi masa tu semangat muda dan tenaga masih kuat. Kalau sekarang ni tak tahulah. Selama 2 minggu di 'lanyak' oleh jurulatih, aku telah dianugerahkan dengan 'Anugerah Semangat Kesatria' dan kami telah ditauliahkan sebagai Komander Rendah Muda (Kesatria) serta diiktiraf sebagai jurulatih kawat bagi melatih siswa siswi ITM yang mengambil ko-kurikulum Kesatria. Itulah kenangan manis semasa aku belajar di ITM dulu. Dalam kerjaya sebagai pegawai penjara pula, teringat aku semasa mula-mula kerja dahulu, selama 6 bulan aku tidak lekang dengan boot kawat ni. Tiap-tiap hari dok tenyeh kepada boot sampai kilat. Minggu depat.....bermulalah semula era itu. Sunday, April 11, 2010
Ketupat Sotong

Lama betul tak update blog ni. Maklum sajalah agak busy skit. Jadi ari ni adelah sedikit masa tu, ku cuba update cerita mengenai salah satu makanan kegemaranku iaitu ketupat sotong. Lama betul tak makannya, jadi pada cuti minggu lepas aku sebutlah nak makan ketupat sotong kat Ma. Besoknya selepas Ma balik dari pasar, ku tengok Ma sedang siang sotong. Ku tanya nak buat apa. Ma jawab, kata nak makan ketupat sotong. Oh seronoknya aku. Jadi petang tu dapatlah aku makan makanan kegemaranku ini. Kebetulan sekarang ni musim sotong.
Monday, February 1, 2010
Makam Mahsuri
Gambar ini diambil pada cuti persekolahan hujung tahun lepas. Memandangkan tiada masa untuk upload, jadi sekarang baru ada kesempatan.
Lagi gambar klik sini.
Monday, January 11, 2010
Perjalanan Balik
Setelah menghantar anak-anak ke asrama di Terengganu, kami bertolak balik pada awal pagi 3.1.2010. Kami bertolak dari Kuala Berang jam 6.30 pagi kerana nak dapatkan feri jam 5.00 petang. Masa tu Aliff pun masih belum bangun lagi, terpaksa angkat masuk dalam kereta. Kami berhenti di puncak Titiwangsa untuk berehat dan mandikan Aliff. Aliff kata chejukkkk.
Bekok Chobong, Biru Khetu
Khamis lepas (7.1.2010), semasa tergesa-gesa nak ke dewan peperiksaan, kaki aku telah tergelenchos (bahasa kelate tu) di tangga pejabat ku menyebabkan kaki kiriku terseliuh. Selepas habis peperiksaan, terpaksalah pergi ke klinik untuk buat rawatan. Sebenarnya MA yang memeriksaku nak bagi MC, tapi aku menolak sebab dalam kursus dan sedang menjalani peperiksaan. Jadi dia bagikan aku light duty selama seminggu. Dalam beberapa hari ni kakiku terpaksalah berbalut dan jalanpun terpaksa terhenjut-henjut.
BBQ di Rumah Che Za
Sebenarnya entri ni dah lama nak aku uploadkan. Tetapi memandangkan masa tidak mengizinkan, maka malam ni barulah ada sedikit kesempatan. Pada 27.12.2009 yang lepas kami berpeluang untuk balik ke Kelantan dan Terengganu setelah aku diberi cuti selama 1 minggu. Jadi sempatlah aku bawa keluar kereta, ambil masa satu hari juga.... Sampai di Sungai Petani, kami sekeluarga sempat tidur satu malam dirumah adik ku di Tikam Batu, Kedah. Seronok juga pada malam tu dapat berkumpul bersama adik-beradik dan anak buah yang tinggal di Sungai Petani. Malam tu Che Za adik aku yang no. 3 buat BBQ kat rumah dia. Memang seronok sekali, tq Che Za & Ayah Chik sekeluarga.
Ada sosej, ayam, ikan, kambing, udang dan jagung.
Tuesday, January 5, 2010
Niat dihati.....
Banyak cerita yang hendak di update tapi sayang masa tak ada. Buz dgn. assignment dan exam. Niat dihati tu memang nak update blog ni, tunggulah masa yang sesuai. Web institusi pun belum sempat nak update. Bos dah mula bising. Apa nak buat masa tak mengizinkan. Kita tunggu masa yang sesuai.....
Subscribe to:
Posts (Atom)
