Aliff dah masuk Tahun 1. Sama sekolah semasa Pra dulu iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Menghulu. Ia adalah merupakan sekolah tinggi..... al-maklumlah sekolah atas bukit. Belajarlah rajin-rajin dan Abah doakan agar Aliff dapat mengikuti jejak kakak dan abang-abangnya nanti. InsyaAllah.
Monday, January 7, 2013
Sunday, January 6, 2013
Cuti-Cuti Bersama Famili
Lama betul tak update blog sampai password pun dah terlupa. Cara nak 'create post' pun dah tak ingat. Aku coba berkali-kali, akhirnya berjaya juga. Memandangkan dah berjaya, aku cubalah nak post satu entri ni, pasal cuti bersama famili hujung tahun lepas. Disebabkan kesibukan tugas yang teramat sangat (mengalahkan boss) , terpaksa aku tunda beberapa kali cuti sampai anak isteri pun dah naik bosan. Maklum sajalah sebulan lebih cuti sekolah, tak ke mana, memerap di rumah saja dan aku pula asyik siang malam di ofis. Macam-macam aktiviti – kursus, mesyuarat, lawatan……maklum sajalah musim cuti sekolah, depa seronoklah dapat buat aktiviti kat Langkawi. Yang tak seronok, kami yang bertugas di Langkawi ni terpaksa melayan depa. Tapi takpa, dah tugas, terpaksa hadapi.
Tengah-tengah kesibukan tu dapatlah juga kami mencelah untuk sehari menghadirkan diri ke rumah adik ku di Kampung Kubang Jambu, Tikam Batu yang mengadakan kenduri perkahwinan anak keduanya. Selesai sahaja kenduri, terus pecut ke Kuala Perlis untuk pulang ke Langkawi.
Tahniah Syamin & Fendi
Namanya: ABC Gunung Jerai - famous kat Pantai Merdeka
Disamping menghadiri kenduri kahwin anak buahku di Semenyih (sebelah lelaki), dapatlah kami makan angin di KL sambil shopping baju sekolah anak.
Kenduri di Semenyih - Sebelah pihak lelaki
Sempat jugat makan ‘langsat’, mujurlah ada GPS yang membantu, dapatlah juga cari lokasi yang ditujui walaupun sedikit jauh. Hebat – shopping baju sekolah pun di KL ….. bukanlah hebat sangat, tapi tak sempat. Inilah masanya (dan duitnya ….. bonus) yang ada. Disamping tu nak penuhi hajat si kecil, ALIFF untuk melawat KLCC dan ‘member-member’ kat Zoo Negara, semuanya alhamdulillah sihat walaupun dah makin berumur...hahaha. Aliff dan aku saja yang masuk zoo kerana yang lain tu tak nak masuk, dah masuk dulu katanya. Dapatlah jimatkan kos tiket…hihihi. Bukan main seronok lagi Aliff kerana hajat nak ke zoo dan KLCC tercapai. Disamping tu, di KL dapatlah juga kami shopping di 1 Utama dan IOI Mall, Puchong.
Aliff seronok tak terkata
Bertemu 'kawan' lama.
Dari KL, niat nak balik ke Kelantan tapi terbantut kerana banjir. Terpaksa berehat di KL untuk beberapa hari. Akhirnya kami bertolak balik juga ke Kelantan. Pada masa tu Alhamdulillah banjir dah mula surut. Cuma kami terpaksa juga meredah air di dua tempat di Jerangau. Kami selamat sampai ke Kelantan akhirnya.
Wednesday, August 15, 2012
Monday, July 9, 2012
Kera Mengamuk
Inilah masalah bila kera mengamuk. Sehingga ke hari ini, dah 7 kali plate kereta aku dipatahkan oleh kera-kera yang berkeliaran di kawasan taman kediaman kami. Tak cukup dengan patahkan plate kereta, dia berak pula atas motosikal aku. Geram betul. Sejak sebulan yang lepas, dah lebih 10 buah kereta dan motosikal dipatahkan nombor platenya. Aku dah telefon perhilitan, tapi tak ada apa-apa tindakan yang diambil setakat ini. Nampaknya nak kena bertindak sendirilah.
Tuesday, January 10, 2012
Catatan Perjalanan - Cuti-Cuti Hujung Tahun
Dek kesibukan tugas yang teramat sangat pada penghujung tahun 2011 lepas, maka tak sempat untuk kami bercuti makan angin. Cadangan awal untuk ke Pulau Pinang dan Cameron Highland tidak kesampaian. Lebih sebulan anak-anak bercuti sekolah hanya berada di rumah sahaja, boleh dikatakan setiap hari keluar dari mulut anak-anak perkataan 'boringggg', lebih-lebih lagi Aliff. Alhamdulillah selepas Krismas, ada sedikit ruang untuk kami sekeluarga pergi bercuti. Ini adalah hadiah kepada anak-anak setelah penat belajar dan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang lepas. Adila dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti, Amirul mendapat 5A dalam UPSR dan terkini Asyraf mendapat 8A dalam PMR. Syukur Alhamdulillah. Kebetulan pada hari krismas tersebut adik aku yang tinggal di Tikam Batu, Sungai Petani telah mengadakan majlis pernikahan anak sulungnya. Ini adalah pernikahan anak saudara ku yang pertama. Semua adik beradik aku seramai 9 beradik dan juga ibu tersayang dapat berkumpul untuk majlis ini. Bulan Februari nanti InsyaAllah kami akan berkumpul lagi di sini kerana menghadiri kenduri perkahwinan mereka pula.

Era bersama suami dan keluarga. Selamat Pengantin baru.
26.12.2011 - Ke Kuala Kedah untuk mengambil kereta yang tidak dapat diambil pada 25.12.2011 kerana cuti perayaan krismas, mereka tutup la. Tersadai kereta aku 2 hari di Kuala Kedah. Mujur Teh Mimie bagi pinjam keretanya untuk pergerakan kami di Sungai Petani. Thanks Teh dan terima kasih juga kepada adik ipar Che Oom kerana menjemput kami di Kuala Kedah. Selepas ambil kereta, kami sekeluarga bertolak ke Pulau Pinang dari rumah Mok Nik. Terima kasih Mok Nik dan Che Oom kerana bagi kami tumpang di rumah untuk 2 malam.
Akhirnya tercapai juga hajat kami nak ke Pulau Pinang. Tujuan utamanya ialah nak pi beli jeruk dan makan nasi kandaq. Setelah beberapa kilo makan 'buah langsat', akhirnya kami berjumpa juga dengan tempat yang hendak ditujui iaitu Pasar Chowrasta dan Line Clear.

Inilah kedai kami beli jeruk. Sebelah pasar Chowrasta.

Nasi Kandar Line Clear. Terpaksa beratur hampir 20 minit, baru boleh makan.
Selesai saja beli jeruk dan makan nasi kandar, kami teruskan perjalanan melalui Lebuhraya Utara - Selatan untuk ke destinasi kedua iaitu Cameron Highland. Kami berhenti rehat di R & R Sungai Perak setelah hari sudah gelap. Berhenti untuk sembahyang, mandi dan makan. Kami buat keputusan untuk bermalam saja di sini kerana takut juga nak drive pada waktu malam. Maka tidurlah kami 6 beranak dalam kereta. Kami ingatkan kami saja yang tidur di situ, rupa-rupanya ramai lagi. Jadi kami tak keseorangan lah.
Di sinilah kami sekeluarga seramai 6 orang bermalam. Tidur dalam kereta je. Buka kami sekeluarga je. Ramai lagi......27.12.2011 - Setelah mandi dan sembahyang subuh, kami teruskan perjalanan ke CH melalui Simpang Pulai. Sebenarnya jalan ni adalah pertama kali kami lalui. Lebih kurang jam 9.00 pagi kami tiba di CH dan bersarapan di Berincang. Selesai bersarapan, kami berpatah balik ke Pasar Kea Farm untuk beli belah. Apa yang kami beli - sayuran, strawberry, jus strawberry dan sedikit cenderamata. Memandangkan hari hujan, kami teruskan perjalanan ke Gua Musang untuk mencari jalan alternatif ke Kuala Berang melalui Tasik Kenyir. Jalan yang belum pernah kami lalui yang dikatakan dekat untuk ke Kuala Berang.

Strawberry oh Strawberry
Setelah beberapa jam perjalanan, kami tiba di R & R Gua Musang dan berhenti untuk sembahyang dan makan. Selesai makan, kami teruskan perjalanan dan tiba di jalan alternatif yang kami cari iaitu Gua Musang - Kuala Berang. Jalannya agak cantik dan seronok memandu dijalan ini memandangkan tidak banyak kenderaan. Tetapi setelah tiba di Felda Aring, tiba-tiba jalan menjadi teruk. Tak kuasa nak cerita, tengok sendirilah gambar di bawah ini. Mungkin dalam lingkungan 20 km aku terpaksa memandu melalui jalan seperti ini.

Jalan di Felda Aring.
Tetapi setelah masuk kawasan Hulu Terengganu, jalan bertukar elok semula. Walaupun terdapat beberapa tempat didapati jalan runtuh, tetapi telah dibaiki dan dibuat lencongan. Perjalanan pada 27.12.2011 selesai setelah kami tiba di rumah ku di Kuala Berang hampir jam 8.30 malam.
Pemandangan indah Tasik Kenyir Lagi gambar klik sini.
Wednesday, December 14, 2011
LIMA 2011
LIMA 2011 telah melabuhkan tirainya setelah berlangsung selama 5 hari dengan pelbagai acara. Antara yang menarik ialah pertunjukan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, demostrasi dan pameran Maritim di Awana Porto Malai dan pameran di MIEC. Kami sempat juga mengunjungi pameran tersebut pada 9 dan 10 Disember 2011 setelah ianya dibuka kepada orang ramai. Aliff amat teruja apabila melihat replika kapal terbang, kapal laut dan helikopter di dalam dewan pameran dan minta untuk bergambar dengan replika-replika tersebut. Lebih teruja apabila dapat melihat kapal terbang, helikopter dan kapal-kapal sebenar tambahan pula dapat menaiki kapal dan helikopter untuk bergambar.
Wednesday, December 7, 2011
LIMA Tourism Carnival 2011
Sempena LIMA 2011 ini, telah diadakan Karnival Pelancongan LIMA 2011 bertempat di Medan Letak Kereta LADA, Kuah. Karnival ini telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir. Kamipun berkesempatan untuk turut serta dalam program ini. Maklumlah kalau tak datang agak rugi kerana aktiviti seperti ini hanya diadakan 2 tahun sekali sahaja. Dalam karnival ini diadakan pameran pelancongan dari agensi-agensi kerajaan serta gerai makan dari setiap negeri disamping persembahan kebudayaan dan bunga api. Kami sempat juga merasakan sate Hj. Samuri dari Kajang mewakili negeri Selangor, Kuey Tiau dari Pulau Pinang dan makanan dari Brunei. Walaupun harganya agak tinggi sedikit berbanding harga biasa, tapi dek kerana nak rasa tu, beli jugalah. Jemputlah datang ke Langkawi. Program berlangsung dari 5 - 10 Disember 2011. Hari jumaat dan sabtu ni nak pi tengok pameran kapal terbang dan kapal laut pula......






Subscribe to:
Posts (Atom)















