Sunday, August 8, 2010

Kembali Bertugas

Setelah 8 bulan berhadapan dengan kursus, maka hari ini 26.7.2010 aku dah mula kembali bertugas. Memandangkan terlalu lama tidak bertugas, terasa semacam orang baru lapor diri. Banyak perubahan peraturan kerja dan aktiviti berlaku menyebabkan aku terpaksa belajar semula. Nak dapatkan semula rentak untuk bertugas tu bukanlah mudah. Bukanlah boleh diperolehi dalam masa 2 atau tiga hari.

Majlis Penyampaian Sijil Tamat Kursus.

Wednesday, July 21, 2010

Langkawi Dulu

Semasa asyik menjelajah alam maya ni, aku telah terjumpa gambar-gambar lama berkaitan Langkawi dalam sama ada sebuah blog atau Facebook (akupun lupa) yang aku sendiripun lupa nama pemiliknya. Memandangkan gambar-gambar tersebut ada sejarahnya yang tersendiri, aku telah 'copy' gambar-gambar ini dalam folder aku (bimbang kalau selepas ini tak dijumpai kalau ingin dicari semula). Kepada pemilik gambar-gambar ni, aku mohon maaf kerana menggunakan gambar ini tanpa kebenaran pemiliknya.


Gambar di atas adalah merupakan Jeti Feri Kuah dalam era 60-an. Sungguh jauh bezanya jika nak dibandingkan dengan keadaan sekarang.


Berdasarkan satu tulisan, Makam Mahsuri terletak di kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka, Langkawi. Ianya dijumpai di bawah pohon cenderai yang rendang yang juga dikelilingi oleh pokok rumbia. Terdapat sebuah perigi di kawasan berhampiran. Makan Mahsuri telah dibina semula oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tahun 1940-an.
Untuk rekod, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah merupakan Pegawai Daerah Langkawi yang ke-5 iaitu dari 8.2.1933 hingga 22.5.1934.

Gambar ini pula adalah merupakan gambar majlis perasmian pembinaan replika helang di Dataran Helang yang ada sekarang. Ianya telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ini pula adalah gambar Klinik Kesihatan Kuah pada era 90-an. Kalau tak silap aku ianya terletak berhadapan klinik yang ada sekarang iaitu di belakang Bay View Hotel. Tapi sekarang ianya dah tinggal rangka.

Gambar ini pula menunjukkan trajedi kebakaran terbesar di Langkawi ianya kebakaran Perkampungan Nelayan Bukit Malut, Langkawi pada 30 Januari 2005.


Ini adalah merupakan Pasar Awam Kuah. Ianya terletak di Pekan Kuah. Tapaknya masih ada iaitu berhampiran Tapak Bazar Ramadan iaitu belakang Kedai sukan Al-Ekhsan. Tapi sekarang pasar awam ini telah berpindah ke Kelibang, Langkawi. Ianya dekat jugalah dengan rumah aku. Aku difahamkan sebelum ini terdapat juga satu lagi pasar iaitu sama ada di kawasan Pokok Asam atau Padang Pasir. Tapi tak pastilah di mana tapaknya sekarang.

Ini pula adalah Jeti Point yang masih dalam pembinaan iaitu sekitar tahun 2005.

Begitulah serba sedikit gambar-gambar lama berhubung Langkawi yang telah tinggal kenangan. Terima kasih kepada pemilik gambar kerana masih menyimpan gambar-gambar ini dan dapat berkongsi pengetahuan dengan pembaca.

Friday, June 25, 2010

Cable Car

Pada cuti sekolah yang lepas, dalam kesibukan kursus, sempat juga kami sekeluarga melawat (cuti-cuti Langkawi) dan menaiki kereta kabel. Sebenarnya aku sendiri tak berapa minat untuk naik kereta kabel ni, tulah yang delay sampai nak masuk 2 tahun dok di Langkawi barulah pi naik. Bukan apa.....gayat noo. Tapi atas permintaan anak-anak, terpaksa jua aku ikut. Lagipun belanjanya pun tak le besar sangat.


Sempat lagi beli asam untuk makan atas kereta kabel.

Ramai sangat pengunjung. Maklumlah cuti sekolah, terpaksalah beratur panjang

Mamat ni sibuk nak ambil gambar kami semasa kami naik kereta kabel.... nak bisnes le tu. Jadi aku snap gambar dia balik.

Semasa dalam kereta kabel...... buat rilex je.

Muka orang gayat.....

Lagi gambar klik sini...

Tuesday, April 13, 2010

Kawat

Hari ini kami telah dibekalkan dengan boot kawat, angklet dan tali pinggang putih dan pada minggu depan bermulalah sesi kawat selama hampir 2 minggu. Memang lama betul tak kawat. Apabila lihat boot kawat ni, teringat aku semasa sedang belajar di ITM Cawangan Dungun pada tahun 1983-1986 dulu. Pada masa itu, aku telah terpilih untuk menjadi Komander Kesatria dan telah menjalani latihan kawat selama 2 minggu di bawah kelolaan jurulatih dari pihak tentera. Latihan tersebut agak 'tough' juga, tapi masa tu semangat muda dan tenaga masih kuat. Kalau sekarang ni tak tahulah. Selama 2 minggu di 'lanyak' oleh jurulatih, aku telah dianugerahkan dengan 'Anugerah Semangat Kesatria' dan kami telah ditauliahkan sebagai Komander Rendah Muda (Kesatria) serta diiktiraf sebagai jurulatih kawat bagi melatih siswa siswi ITM yang mengambil ko-kurikulum Kesatria. Itulah kenangan manis semasa aku belajar di ITM dulu. Dalam kerjaya sebagai pegawai penjara pula, teringat aku semasa mula-mula kerja dahulu, selama 6 bulan aku tidak lekang dengan boot kawat ni. Tiap-tiap hari dok tenyeh kepada boot sampai kilat. Minggu depat.....bermulalah semula era itu.

Sunday, April 11, 2010

Ketupat Sotong


Lama betul tak update blog ni. Maklum sajalah agak busy skit. Jadi ari ni adelah sedikit masa tu, ku cuba update cerita mengenai salah satu makanan kegemaranku iaitu ketupat sotong. Lama betul tak makannya, jadi pada cuti minggu lepas aku sebutlah nak makan ketupat sotong kat Ma. Besoknya selepas Ma balik dari pasar, ku tengok Ma sedang siang sotong. Ku tanya nak buat apa. Ma jawab, kata nak makan ketupat sotong. Oh seronoknya aku. Jadi petang tu dapatlah aku makan makanan kegemaranku ini. Kebetulan sekarang ni musim sotong.

Monday, February 1, 2010

Makam Mahsuri

Gambar ini diambil pada cuti persekolahan hujung tahun lepas. Memandangkan tiada masa untuk upload, jadi sekarang baru ada kesempatan.


Lagi gambar klik sini.

Monday, January 11, 2010

Perjalanan Balik

Setelah menghantar anak-anak ke asrama di Terengganu, kami bertolak balik pada awal pagi 3.1.2010. Kami bertolak dari Kuala Berang jam 6.30 pagi kerana nak dapatkan feri jam 5.00 petang. Masa tu Aliff pun masih belum bangun lagi, terpaksa angkat masuk dalam kereta. Kami berhenti di puncak Titiwangsa untuk berehat dan mandikan Aliff. Aliff kata chejukkkk.

Aliff tak pernah-pernah hisap puting. Balik Kuala Berang menangis2 nak hisap puting. Terpaksalah belikan. Tapi mujur tak lama, 2 hari je. Lepas tu tak nak le dia.....

Inilah gaya Aliff, mesti peace....


Aliff sempat lagi bergambar berlatar belakangkan kabus.


Dah jam 10.00 pagi tapi kabus masih tebal.