Monday, January 11, 2010

Perjalanan Balik

Setelah menghantar anak-anak ke asrama di Terengganu, kami bertolak balik pada awal pagi 3.1.2010. Kami bertolak dari Kuala Berang jam 6.30 pagi kerana nak dapatkan feri jam 5.00 petang. Masa tu Aliff pun masih belum bangun lagi, terpaksa angkat masuk dalam kereta. Kami berhenti di puncak Titiwangsa untuk berehat dan mandikan Aliff. Aliff kata chejukkkk.

Aliff tak pernah-pernah hisap puting. Balik Kuala Berang menangis2 nak hisap puting. Terpaksalah belikan. Tapi mujur tak lama, 2 hari je. Lepas tu tak nak le dia.....

Inilah gaya Aliff, mesti peace....


Aliff sempat lagi bergambar berlatar belakangkan kabus.


Dah jam 10.00 pagi tapi kabus masih tebal.

2 comments:

Abam Kie said...

sempat balik kelate ke? kalau dtg ke tanah merah boleh kita keluar pekena teh tarik. Wassalam.

Lee D'Langkawi said...

juk,
Sempat juga 2 hari. Nanti ada masa kami singgah pekena teh tarik ngan roti canai sekali....