Sunday, May 22, 2011

Adila - UiTM Kedah

Alhamdulillah, akhirnya Adila dapat juga melanjutkan pelajaran ke IPTA. Adila mula mendaftar di UiTM Kedah pada 21.5.2011. Berbeza dengan aku pada 25 tahun dahulu, terpaksa beratur panjang dan mengambil masa yang agak lama untuk proses pendaftaran di ITM, tapi sekarang hanya serah kunci bilik yang dilakukan di tepi jalan sahaja dan tak perlu turun dari kereta dan lepas itu terus ke asrama untuk mengemas barang. Selesai......


UiTM Merbok Kedah


Sampai di Kuala Perlis pada 20.5.2011, setelah sewa kereta, berhenti di kedai laksa Kak Su untuk pekena laksa beras dan pulut panggang.


Inilah pertama kali aku makan laksa yang paling sedap dengan kuah yang pekat melekat. Kena pula dengan pulut panggang dimakan sekali dengan laksa memang tak terkata.


Rasanya kami dah awal sampai, tapi ramai lagi yang lebih awal. Terpaksalah dapat bilik di tingkat 4. Dahlah tingkat 4, dapat pula katil double decker sebelah atas. Nasiblah Adila.


Rasanya kat Langkawi dah banyak kali shopping, tapi masih ada keperluan yang kekurangan. Terpaksa sekali lagi shopping di Sungai Petani.



Asrama Mahsuri




Sunday, April 3, 2011

Jeruk Mangga

Kebetulan kat pejabat ada pokok mangga/mempelam yang sedang lebat berbuah. Sebelum dipetik oleh kera-kera yang banyak berkeliaran, jadi mintak tolong makcik cleaner petik dan aku bawa balik rumah buat jeruk. Jadi, satu dua hari ni dok makan jeruk le. Hari ni bawa satu botol bagi kat makcik cleaner tu kira upah petiklah......Makcik cleaner tu offer nak kait lagi, tapi aku kata tunggu dululah sbb. kat rumah masih banyak lagi.



Cari Remis di Pantai Cenang

Hujung minggu lepas, memandangkan cuaca agak baik, kami ke Pantai Cenang untuk cari remis. Teringat aku semasa kecil-kecil dahulu, kami adik-berasik sering ke Pantai Irama Bachok untuk mencari remis. Kalau di sana, aktiviti mencari remis bagaikan satu pesta.

Tapi di Langkawi ni, akupun tidak tahu pantainya ada remis. Setelah jiran sebelah bagi tau pasal remis ni di Pantai Cenang, petang jumaat lepas kami pun pergilah mencuba nasib mencari remis. Walaupun tidaklah sebanyak di Pantai Irama, tetapi agak berbaloi jugaklah, dapatlah sekali makan.

Tak puas dengan itu, petang keesokan harinya pula kami pergi lagi. Kali ini buka sahaja remis, kami dapat juga cari kepah yang bersaiz sederhana. Amat berbaloilah pada hari tu. Terlepas kempunan nak makan remis.


Antara remis yang kami dapat, agak besar juga....



Ini pula kepah yang kami dapat....



Cantik sungguh permandangan Pantai Cenang di waktu senja.

Thursday, March 31, 2011

Pekena Steamboat

Cuti sekolah pertengahan semester yang lepas, apabila semua anak-anak berkumpul, sempatlah kami pegi pekena steamboat kat D'Baron Resort. Ini kira 'family gathering' lah. Memang cukup seronok bila dapat berkumpul dan makan bersama-sama.

Memandangkan ianya tak ditempah terlebih dahulu, terpaksalah menunggu....


Antara bahan-bahan steamboat yang disediakan.



Apa lagi....silakan.

Memancing Laut Dalam

Aktiviti memancing laut dalam pada 27 dan 28 Januari 2011. Kami pergi seramai 18 orang dengan menaiki 2 buah bot yang kami sewa. Akibat terlalu 'excited' nak pi mancing, ramai rakan-rakan yang berhabisan berbelanja untuk membeli peralatan memancing. Aku sekadar tambah-tambah yang mana perlu aja sebab aku sendiri dah ada 2 rod pancing serta alat-alat yang lain.

Lokasi memancing kami adalah di tukun kapal pecah. Kami bertolak dari Jeti Pelancongan Kuah lebih kurang jam 5.30 petang. Sebelum ke lokasi memancing, kami menjala sotong dulu di perairan Pantai Cenang. Dapat banyak jugalah sotong untuk dibuat umpan memancing. Kami bertolak ke lokasi memancing pada jam 1.00 pagi dan tiba jam 4.00 pagi. Nasib tak menyebelahi kami, memandangkan alun yang amat kuat, ikan sekoq pun tak dapat. Dapat mabuk jelah.




Ini adalah salah seekor ikan yang kami dapat, tapi bukan bot yang aku naik punya. Ikan ini dibawa naik oleh rakan-rakan dari bot yang satu lagi tuu....

Gunung Raya

Walaupun lokasi Gunung Raya dekat saje dengan rumah ku, tapi masa tidak begitu mengizinkan untuk kami 'mendakinya'. Semasa cuti sekolah lepas, sampai jugalah kami sekeluarga ke puncaknya. Tempatnya amat menarik dengan terdapatnya sebuah resort dipuncaknya dengan udara yang amat sejuk dan nyaman. Terdapat juga sebuah menara tinjau di puncak gunung ini dan dari atas menara ini dapatlah kita melihat pemandangan indah Langkawi sejauh mata memandang.



Blog yang telah lama Ku abaikan

Majlis kenduri perkahwinan rakan sekerja.