Sunday, April 3, 2011

Cari Remis di Pantai Cenang

Hujung minggu lepas, memandangkan cuaca agak baik, kami ke Pantai Cenang untuk cari remis. Teringat aku semasa kecil-kecil dahulu, kami adik-berasik sering ke Pantai Irama Bachok untuk mencari remis. Kalau di sana, aktiviti mencari remis bagaikan satu pesta.

Tapi di Langkawi ni, akupun tidak tahu pantainya ada remis. Setelah jiran sebelah bagi tau pasal remis ni di Pantai Cenang, petang jumaat lepas kami pun pergilah mencuba nasib mencari remis. Walaupun tidaklah sebanyak di Pantai Irama, tetapi agak berbaloi jugaklah, dapatlah sekali makan.

Tak puas dengan itu, petang keesokan harinya pula kami pergi lagi. Kali ini buka sahaja remis, kami dapat juga cari kepah yang bersaiz sederhana. Amat berbaloilah pada hari tu. Terlepas kempunan nak makan remis.


Antara remis yang kami dapat, agak besar juga....



Ini pula kepah yang kami dapat....



Cantik sungguh permandangan Pantai Cenang di waktu senja.

4 comments:

cikmanggis said...

salam Lee.Remis ni etok ke?

Lee said...

CM,

K.salam. Etok biasanya boleh didapati di sungai, tapi remis ni kena cari kat pantai. CM x pernah makan remis ke?

Anonymous said...

Salam bos,lamo la x kelih demo..kawe ni bekah penduduk hostel sic 1981-1983.

Lee said...

Anony...
Sapa ni, boleh perkenalkan diri..
Apa-apa pun terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini.