Thursday, March 31, 2011

Memancing Laut Dalam

Aktiviti memancing laut dalam pada 27 dan 28 Januari 2011. Kami pergi seramai 18 orang dengan menaiki 2 buah bot yang kami sewa. Akibat terlalu 'excited' nak pi mancing, ramai rakan-rakan yang berhabisan berbelanja untuk membeli peralatan memancing. Aku sekadar tambah-tambah yang mana perlu aja sebab aku sendiri dah ada 2 rod pancing serta alat-alat yang lain.

Lokasi memancing kami adalah di tukun kapal pecah. Kami bertolak dari Jeti Pelancongan Kuah lebih kurang jam 5.30 petang. Sebelum ke lokasi memancing, kami menjala sotong dulu di perairan Pantai Cenang. Dapat banyak jugalah sotong untuk dibuat umpan memancing. Kami bertolak ke lokasi memancing pada jam 1.00 pagi dan tiba jam 4.00 pagi. Nasib tak menyebelahi kami, memandangkan alun yang amat kuat, ikan sekoq pun tak dapat. Dapat mabuk jelah.




Ini adalah salah seekor ikan yang kami dapat, tapi bukan bot yang aku naik punya. Ikan ini dibawa naik oleh rakan-rakan dari bot yang satu lagi tuu....

2 comments:

cikmanggis said...

salam lee,makcikmanggis tak perasan Blog Lee ni dah aktif balik..Seronok orang lelaki kalu dapat memancing ni tapi jangan lupa rumah ya takut isteri mogok pulak. hehe.selamat kembali beblog ya

Lee said...

CM,

Terima kasih kerana masih sudi menjenguk blog saya ni yang sekian lama tidak dipedulikan dek kesibukan yang teramat sangat. Baru hari ni dapat saya meng'update' blog ini dan InsyaAllah banyak lagi entri-entri baru yang masih tertangguh akan saya muatkan.