Wednesday, July 21, 2010

Langkawi Dulu

Semasa asyik menjelajah alam maya ni, aku telah terjumpa gambar-gambar lama berkaitan Langkawi dalam sama ada sebuah blog atau Facebook (akupun lupa) yang aku sendiripun lupa nama pemiliknya. Memandangkan gambar-gambar tersebut ada sejarahnya yang tersendiri, aku telah 'copy' gambar-gambar ini dalam folder aku (bimbang kalau selepas ini tak dijumpai kalau ingin dicari semula). Kepada pemilik gambar-gambar ni, aku mohon maaf kerana menggunakan gambar ini tanpa kebenaran pemiliknya.


Gambar di atas adalah merupakan Jeti Feri Kuah dalam era 60-an. Sungguh jauh bezanya jika nak dibandingkan dengan keadaan sekarang.


Berdasarkan satu tulisan, Makam Mahsuri terletak di kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka, Langkawi. Ianya dijumpai di bawah pohon cenderai yang rendang yang juga dikelilingi oleh pokok rumbia. Terdapat sebuah perigi di kawasan berhampiran. Makan Mahsuri telah dibina semula oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tahun 1940-an.
Untuk rekod, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah merupakan Pegawai Daerah Langkawi yang ke-5 iaitu dari 8.2.1933 hingga 22.5.1934.

Gambar ini pula adalah merupakan gambar majlis perasmian pembinaan replika helang di Dataran Helang yang ada sekarang. Ianya telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ini pula adalah gambar Klinik Kesihatan Kuah pada era 90-an. Kalau tak silap aku ianya terletak berhadapan klinik yang ada sekarang iaitu di belakang Bay View Hotel. Tapi sekarang ianya dah tinggal rangka.

Gambar ini pula menunjukkan trajedi kebakaran terbesar di Langkawi ianya kebakaran Perkampungan Nelayan Bukit Malut, Langkawi pada 30 Januari 2005.


Ini adalah merupakan Pasar Awam Kuah. Ianya terletak di Pekan Kuah. Tapaknya masih ada iaitu berhampiran Tapak Bazar Ramadan iaitu belakang Kedai sukan Al-Ekhsan. Tapi sekarang pasar awam ini telah berpindah ke Kelibang, Langkawi. Ianya dekat jugalah dengan rumah aku. Aku difahamkan sebelum ini terdapat juga satu lagi pasar iaitu sama ada di kawasan Pokok Asam atau Padang Pasir. Tapi tak pastilah di mana tapaknya sekarang.

Ini pula adalah Jeti Point yang masih dalam pembinaan iaitu sekitar tahun 2005.

Begitulah serba sedikit gambar-gambar lama berhubung Langkawi yang telah tinggal kenangan. Terima kasih kepada pemilik gambar kerana masih menyimpan gambar-gambar ini dan dapat berkongsi pengetahuan dengan pembaca.

2 comments:

cikmanggis said...

salam Lee,

Lama tak singgah blog Lee ni:)...adik lelaki cm ada menyimpan foto semasa beliau melawat langkawi sekitar tahun 79-80an.sangat berbeza dgn Langkawi Sekarang.Cm nak minta dia muat gambar-gambar lama tu dalam blog beliau.Sayang jika reput camtu je kan.Selamat berblog kembali ya:)

Lee D'Langkawi said...

CM,
Tq kerana masih sudi singgah. Elok sangatlah kalau adik CM dapat muatkan gambar tu ke dalam blognya.Dapat jugalah saya kongsikan gambar2 lama pasal langkawi ni.