Thursday, March 31, 2011

Pekena Steamboat

Cuti sekolah pertengahan semester yang lepas, apabila semua anak-anak berkumpul, sempatlah kami pegi pekena steamboat kat D'Baron Resort. Ini kira 'family gathering' lah. Memang cukup seronok bila dapat berkumpul dan makan bersama-sama.

Memandangkan ianya tak ditempah terlebih dahulu, terpaksalah menunggu....


Antara bahan-bahan steamboat yang disediakan.



Apa lagi....silakan.

Memancing Laut Dalam

Aktiviti memancing laut dalam pada 27 dan 28 Januari 2011. Kami pergi seramai 18 orang dengan menaiki 2 buah bot yang kami sewa. Akibat terlalu 'excited' nak pi mancing, ramai rakan-rakan yang berhabisan berbelanja untuk membeli peralatan memancing. Aku sekadar tambah-tambah yang mana perlu aja sebab aku sendiri dah ada 2 rod pancing serta alat-alat yang lain.

Lokasi memancing kami adalah di tukun kapal pecah. Kami bertolak dari Jeti Pelancongan Kuah lebih kurang jam 5.30 petang. Sebelum ke lokasi memancing, kami menjala sotong dulu di perairan Pantai Cenang. Dapat banyak jugalah sotong untuk dibuat umpan memancing. Kami bertolak ke lokasi memancing pada jam 1.00 pagi dan tiba jam 4.00 pagi. Nasib tak menyebelahi kami, memandangkan alun yang amat kuat, ikan sekoq pun tak dapat. Dapat mabuk jelah.




Ini adalah salah seekor ikan yang kami dapat, tapi bukan bot yang aku naik punya. Ikan ini dibawa naik oleh rakan-rakan dari bot yang satu lagi tuu....

Gunung Raya

Walaupun lokasi Gunung Raya dekat saje dengan rumah ku, tapi masa tidak begitu mengizinkan untuk kami 'mendakinya'. Semasa cuti sekolah lepas, sampai jugalah kami sekeluarga ke puncaknya. Tempatnya amat menarik dengan terdapatnya sebuah resort dipuncaknya dengan udara yang amat sejuk dan nyaman. Terdapat juga sebuah menara tinjau di puncak gunung ini dan dari atas menara ini dapatlah kita melihat pemandangan indah Langkawi sejauh mata memandang.



Blog yang telah lama Ku abaikan

Majlis kenduri perkahwinan rakan sekerja.



Monday, September 6, 2010

Majlis Berbuka Puasa Lagi

Hari ni 5.9.2010, kami berbuka puasa di De Baron Resort, Kuah Langkawi. Majlis hari ni anjuran AKM Langkawi. Makanannya ok, boleh tahan, kira banyak pilihan jugalah.


Asyraf, Amirul dan Alif bergambar dengan Lokomotif keretapi yang terdapat di hadapan resort tersebut. Difahamkan keretapi ini pernah digunakan di Langkawi suatu ketika dahulu.

Gulai Kawah

Nasi Tomato

Kuey Tiaw Goreng

Alif, tak sempat azan - makan satay

Sunday, September 5, 2010

Majlis Buka Puasa Taman Kenari

Dalam bulan ramadan tahun ini, boleh dikatakan hampir setiap hari Majlis Berbuka Puasa diadakan di Surau As-Syakirin Taman Kenari. Juadah berbuka ini disumbangkan oleh penduduk taman secara bergilir-gilir.





Sunday, August 8, 2010

Kembali Bertugas

Setelah 8 bulan berhadapan dengan kursus, maka hari ini 26.7.2010 aku dah mula kembali bertugas. Memandangkan terlalu lama tidak bertugas, terasa semacam orang baru lapor diri. Banyak perubahan peraturan kerja dan aktiviti berlaku menyebabkan aku terpaksa belajar semula. Nak dapatkan semula rentak untuk bertugas tu bukanlah mudah. Bukanlah boleh diperolehi dalam masa 2 atau tiga hari.

Majlis Penyampaian Sijil Tamat Kursus.