Pada 17.10.2009, Badan Integrasi Anak Kelantan, Langkawi (BIAK) telah mengadakan Sambutan Hari Raya ( buke sambute Hari Deepavali deh) bertempat di Bangunan Pekan Rabu, Kuah. Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi ini dihadiri oleh ramai anak-anak Kelantan yang berada di Langkawi. Memang sungguh meriah. Majlis diserikan lagi dengan nyanyian selingan lagu hari raya, jamuan makan dan acara ramah mesra.
Memandangkan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga BIAK, diharap banyak lagi aktiviti-aktiviti lain dapat diadakan pada masa-masa akan datang.
Yang jauh kita dekat-dekatkan, yang dekat kita rapat-rapatkan.
3 comments:
klu sapa xingat hamper tu utk kategori apo mesti semuo kategori abe masuk nih..hahahaha...
Sebenarnya tu hadiah kategori suprise..... Tak taule macam mane terpilih. Kira rezeki le tu.
demo ssiye, masok mace2, tp x dop mene gapo2 kot... hahaha... tp x apo, rejeki tuh...
Post a Comment