Sunday, August 30, 2009
Buka Puasa
Monday, August 24, 2009
Sehari Sebelum Puasa
Naga / KFC
Sebenarnya aku tak pasti sama ada ianya sudah masak atau belum. Hari pertama warna masih hijau. Masuk hari kedua sudah nampak kemerah-merahan. Jadi, ada lagi..... aku petik untuk bawa balik ke Langkawi. Dalam fikiran ku kalau tak dapat makan, dapat tunjukkan kepada anak-anak dan isteri pun jadilah. Bila di potong...... tu dia, bukan main merah lagi isinya. Sudah masak dan sungguh manis. Jadi padatlah kami sekeluarga merasai hasil tanamanku.
Saturday, August 15, 2009
Wad Kenari Katil E1-8
Keesokannya iaitu hari Jumaat suhu badan Amirul masih lagi 39.9 darjah, masih tinggi. Aku bagi jus epal hijau sebagaimana cadangan adik aku Ayu. Nampak menjadi. Pada malam tu suhu turun kepada 37.5 darjah. Pagi ini (Sabtu) juga masih kekal 37.5 darjah dan Amirul nampak semakin pulih dan sudah berselera makan. Alhamdulillah.
Tilam di 'Wad Kenari' tak ade katil tapi disediakan sama tilam untuk penjaga pesakit. Buka 1 malah dua lagi tau. hihihi.Wednesday, August 12, 2009
Topeng Oh Topeng
'Face Mask' atau nok mudah sebut, topenglah. Disebabkan masalah wabak H1N1 yang dialami sekarang, 'face mask' atau topeng muka ni amat laku sekali sehinggakan di Langkawi semua kedai jual ubat @ farmasi kehabisan stok. Beberapa farmasi yang aku pergi semuanya tiada bekalan. Jadi macam mana lagi caranya untuk kita menghindari daripada merebaknya penyakit ini.?Pernah aku ingat pada masa aku bertugas di Sabah suatu ketika dahulu, pada masa tu jerebu agak hebat melanda Malaysia disebabkan masalah pembakaran terbuka di negara jiran. Semua terpaksa memakai penutup hidung untuk mengelakkan masalah pernafasan akibat jerebu. Masalah sama timbul apabila bekalan face mask ini kehabisan. Tetapi pada masa itu hanya masalah jerebu sahaja. Tetapi pada masa sekarang masalah yang timbul adalah penularan wabak yang lebih serius dan lebih hebat daripada jerebu.
* Nampaknya terpaksalah reka sendiri 'face mask' dengan menggunakan 'kain copeng' atau kain pelikat buruk. Mungkin lebih menarik dan lebih 'fancy'.

Sunday, August 9, 2009
Hari Penyampaian Hadiah - Amirul

Sunday, August 2, 2009
Power Shot A480
Hujung minggu lepas kami ronda-ronda di Langkawi Prade sambil tinjau-tinjau kedai kamera. Ada satu kamera yang aku berkenan, Canon PowerShot A480. Harga after less RM630 je termasuk aksesori - pouches, tripod, 2GB memory card dan rechargable battery c/w charger. Harga tak termasuk aksesori RM499.00. Sekarang ni tengah kumpul duit le. Nak snap gambar time raya nanti. hihihi.Santai Hujung Minggu
Mirul sempat lagi bergambar dengan ular sawa. Bayar RM1.00 je. Sebenarnya bukan bayaran tapi derma untuk tabung bagi program tersebut. Berani juga dia. MA memang awal-awal lagi dah lari. Aku pula sekadar boleh ambil gambar je. Nak pegang binatang ni memang aku geli. hiiiii.
Sebelum pulang, sementara menunggu Mirul beratur untuk beli Mc D, aku layan Aliff bermain gelongsur di playground. Adelah seorang budak anak Pak Arab bermain bersama Aliff di playground tersebut. Budak ni memang 'hebat'. Gelongsor turun kepala dulu. Lantas aku memuji kehebatan budak arab tersebut dengan berkata, "Anta waal bisaalun". (Terjemahannya - Biso demo weh). Budak tu tersenyum tanda faham dan mengulangi aksi tersebut beberapa kali sambil tersenyum ke arahku. Moral dari cerita ni, rupa-rupanya aku ni pandai juga cakap arab ye... hihihi. Lagi gambar klik sini.

