

Ini bermakna nama 'pentaque' ni diambil daripada kamus loghat kelantan dan ianya diubahsuai daripada permainan guli. Betul tak teori aku ni. Harap-harap betullah ye. hihihi..... Mnik mintok komen.


Ini bermakna nama 'pentaque' ni diambil daripada kamus loghat kelantan dan ianya diubahsuai daripada permainan guli. Betul tak teori aku ni. Harap-harap betullah ye. hihihi..... Mnik mintok komen.
Masa kecik-kecik dulu, aku adik-beradik dan sepupu-sepupu, memang suka mencuba. Macam-macam yang kami cuba termasuklah resipi. Salah satu resipi yang kami reka ialah kik kok. Sebelum menaip tu suko dulu - hahaha. Ok, baru buleh menaip. Kik Kok adalah merupakan makanan rekaan sepupuku Kak Mah Kecik dan Kak Dah. Bahan-bahannye adalah seperti berikut:-
Baca komen Cik Manggis (CM) dalam entri yang lepas, terpanggil aku untuk menulis kisah basikal tua Gemuloh Chek aku. Masa sekolah rendah dulu aku tak ada basikal. Kalau gi sekolah jalan kaki je. Sekiranya ada aktiviti ko-kurikulum pada sebelah petang kalau tak berjalan kaki, aku tumpang membonceng basikal kawan aku. Kalau tidak terpaksalah pinjam basikal gemuloh Chek aku, sebuah basikal tua jenama Raleigh, ada palang lagi.
Sedikit info mengenai Langkawi yang ingin aku kongsikan bersama pembaca sekelian. Aku rasa ada eloknya kita mengetahui serba sedikit berhubung tempat yang kita tinggal agar apabila orang tanya, taklah kita teraba-raba mencari maklumat. Sebenarnya dalam entri yang lepas, banyak tempat-tempat menarik di Langkawi ini telah aku sentuh. Tetapi belum ada maklumat tentang Langkawi secara keseluruhannya.
Ikan akan dibahagi sama rata dengan mereka yang mengambil bahagian.
Hari ini aku nak bawa cerita mengenai kisah orang asli. Bukan untuk menghina atau sebagainya tetapi sekadar hiburan semata-mata. Ada 2 cerita lawak yang nak aku bawakan di sini. Inipun bukan ku reka sendiri. Tetapi aku dapatkannya daripada sebuah lama blog semasa aku sedang meronda-ronda di alam maya ini. Aku lupa apa nama laman blog tersebut tetapi masih segar dalam ingat ku dengan cerita kelakar tu. Seorang Tok Batin telah dihadiahkan dengan sebuah jam dinding oleh anggota tentera kerana telah membantu mereka dalam operasi mengesan saki baki komunis di kawasan tersebut. Dengan bangganya tok Batin telah meletakkan jam dinding tersebut di luar dinding rumahnya. Jadi, setiap hari ramailah anak-anak buah tok batin datang untuk melihat jam yang sentiasa berdetik itu.
Pada suatu hari, jam tersebut telah berhenti berdetik. Salah seorang anak buah telah memberitahu Tok Batin tentang perkara itu. Lalu Tok Batin telah membawa turun jam tersebut dan membelek-beleknya. Dengan tidak sengaja Tok Batin telah tercungkil bateri jam lalu terjatuh. Dalam masa yang sama, beliau melihat ada seekor lipas telah mati di belakang bateri itu. Lalu dengan lagak pandai Tok Batin telah memaklumkan kepada anak buahnya, " Ooo! patutlah tidak bergerak, drebarnya telah mati terjeepit". Lalu anak buahnya mengangguk tanda faham.
Kisah 2 : Tok Batin yang sopan.
Pada suatu hari Tok Batin telah diarahkan oleh JHEOA untuk pergi ke pekan bagi menyelesaikan masalah penduduknya. Memandangkan pekan terletak agak jauh, pegawai JHEOA telah menyuruh Tok Batin menaiki bas awam. Jadi Tok Batin terpaksalah keluar ke jalanraya dengan berjalan kaki untuk menunggu bas. Setelah hampir setengah jam menunggu, maka lalulah sebuah bas. Tok Batin menahan bas tersebut. Bas berhenti dan Tok Batin menaikinya. Inilah pertama kali Tok Batin menaiki bas.
Dalam bas, konduktor telah bertanya tok batin ke mana hendak pergi. Tok batin dengan selamba menjawab, "Ke Pekaaan". Setelah tiba di pekan, konduktor bas memaklumkan kepada Tok Batin, " dah sampai". Balas Tok Batin, "ye ke...., cepat jugee ". Lalu Tok batin menuju ke pintu bas. Sampai di pintu bas, Tok Batin terpingga-pingga seolah-olah mencari sesuatu. Lalu konduktor bas bertanya, " Kenapa Tok". Dengan nada marah Tok Batin tadi berkata, " mana selipar aku, masa naik tadi aku letak di bawah sini, sapa yang curi". konduktor bas tergaru kepala yang tak gatal .....
Satu dua hari ni aku tak dapat nak update entri kerana masalah komputer. Tak tahulah masalah streamyx ke atau masalah komputer diserang virus. Petang ni baru dapat, tu pun selepas berhempas pulas cuba ku betulkan. Tapi tak 'sendik' lagi ni. Ada sikit-sikit lagi ragamnya. Bila dah dapat ni, sebelum dia buat ragam semula, aku pun apa lagi, cubalah update entri. Cari punya cari, terjumpalah gambar kesayangan anak aku Amirul yang bergambar bersama-sama tokoh pujaannya Dr. SMS. Gambar ni diambil semasa Dr. SMS mengadakan lawatan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man semasa perasmian teman tersebut satu ketika dulu (tak ingat tarikh). Disebabkan teramatlah minatnya anak aku terhadap Dr. SMS ni, dia tak nak balik selagi tak dapat bergambar dengannya. Terpaksalah aku layan. Si kakak tu tumpang sekaki lah.
Mesej yang ku terima daripada 016-8108602 yang tak ku kenali no ini. Sungguh indah, terima kasih.