Sunday, August 28, 2016

Ronda-Ronda Melaka

Awal bulan Ogos ini, kami berkesempatan pergi ke Melaka untuk menjemput anak sulung kami Adila yang telah tamat pengajian di UiTM Jasin Melaka. Perjalanan kami  3 beranak iaitu aku, isteri dan Aliff,  bertolak pada 6 Ogos 2016 dengan menaiki RORO dari Langkawi dan seterusnya meneruskan perjalanan dari Kuala Perlis ke Merlimau. Sebelum itu di Kuala Perlis, kami makan tengahari di Gerai Makan Kambing Bakar Percik, perkena kambing bakar dulu.


Selesai makan tengahari, kami terus bertolak ke Merlimau. Perjalanan mengambil masa hampir 10 jam dan kami tiba di Merlimau pada jam lebih kurang 11.00 malam. Satu perjalanan yang agak memenatkan kerana terpaksa drive berseorangan. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, perjalanan lancar tanpa kesesakan jalanraya dan cuaca pada hari tu amat baik sekali. Kepenatan terubat setelah berjumpa satu-satunya anak perempuan kami. Malam tu kami bermalam di rumah sewa Adila saja.

Keesokan paginya kami telah ke Bachang Melaka untuk pekena Roti Canai Kayu Arang yang boleh dikatakan famous kat Melaka akhir-akhir ni. Setelah mengikut arahan google Maps, akhirnya kami sampai juga ke lokasi yang dicari. Tapi ramainya orang tau tau nak kata. Terpaksa menunggu untuk dapatkan tempat duduk. Tetapi dek kerana dah pasang niat nak makan kat situ, kami tunggu jugalah. Akhirnya dapat juga tempat duduk. Setelah membuat pesanan makanan, terpaksa tunggu lagi untuk makanan sampai. Setelah hampir 40 minit menunggu, akhirnya sampailah pesanan yang dinanti-nantikan..... roti canai kayu arang. Alhamdulillah dapat juga kami merasainya.





Alang-alang dah sampai kat Melaka ni, rasa tak sah kalau tak ronda-ronda bandar Melaka. Memandangkan bulan ni bulan kemerdekaan, kami pun pergilah melawat Memorial Pengistiharan Kemerdekaan. Sebenarnya aku dah beberapa kali ke sini. Tapi bagi Aliff, inilah kami pertama beliau menjejak kaki ke sini.






Setelah penat pusing-pusing dan shoping moping, sebelum bertolak balik semula ke Merlimau, kami singgah dulu pekena Kelebang Coconut Shake. Kat sini pun orang ramai juga, terpaksa tunggu untuk dapatkan tempat duduk dan beratur untuk order minuman.




Pada sebelah malam tu pula, kami ke Umbai, perkena ikan bakar Parameswara. Rasa macam tak sah kalau tak pekena ikan bakar kat Melaka ni. Selesai makan kat sini, balik rumah baru lah lena tidur.





Keesokan paginya awal-awal lagi kami bersiap kemas barang Adila dan masukkan dalam kereta. Siap berkemas dan selesai bersarapan, kami bertolak ke Kuala Lumpur untuk hantar Adila ke rumah adik ipar di sana. Kami kena tinggalkan Adila di Kuala Lumpur kerana dia akan menjalani praktikal selama 4 bulan  di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Keesokan harinya, kami 3 beranak bertolak balik ke Kuala Perlis dan terpaksa bermalam di hotel untuk semalaman sebelum masuk semula ke Langkawi. 

Monday, July 18, 2016

RAYA PUASA TAHUN INI 2016

Kebiasaannya pada hari raya yang lepas-lepas, kami sekeluarga bergambar di rumah sahaja. Berbeza pada tahun ini, sesi bergambar diadakan lokasi berbeza iaitu di pantai.

Tahun ni tak cukup korum kerana Asyraf (anak No. 2) tak dapat cuti dan terpaksa bekerja.
 Pulau Nami Malaysia, itulah nama jolokan bagi sebuah pantai indah yang terdapat di Pantai Senok yang terletak di Tawang, Bachok Kelantan. Ia dianggap sebagai Pulau Nami Malaysia kerana ramai pengunjung yang memuat naik gambar keindahan deretan pokok rhu yang tidak ubah seperti di Pulau Nami, Korea Selatan. Aku tak pernah le sampai ke Korea selatan ni.Tapi itulah gambaran tentang keindahan Pantai Senok ini dan inilah lokasi bergambar kami dan keluarga kali ini.

Bersama-sama bonda, isteri dan adik-adik.


Keluarga besar Ku, tahun ni ramai yang tak dapat pulang beraya di kampung. Hanya ini saja......

Sedikit cerita tentang Pulau Nami Malaysia ni, sebenarnya pokok-pokok rhu di Pantai Senok ini ditanam oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan agensi kerajaan dalam usaha untuk mengalakkan penjagaan alam sekitar sejak lebih lima tahun dahulu. Kini pokok-pokok rhu tersebut mula membesar menjadi semakin matang, sekali gus mengindahkan kawasan Pantai Senok hingga menjadi sebahagian tarikan pelancong di Kelantan. Tapi inilah pertama kali aku menjejak kaki ke pantai ini.





Namun, di sebalik keindahan Pantai Senok tersebut, malangnya jumlah sampah sarap juga semakin meningkat. Sikap pengunjung yang tidak mementingkan kebersihan Pantai ini amatlah dikesali. 

Aku difahamkan, pihak Majlis Daerah Bachok (MDB) telah menyediakan tong sampah yang mencukupi di kawasan Pantai Senok selain menyediakan jadual kutipan sampah secara berkala. Tidak hanya pihak MDB, malah pertubuhan kebajikan Perantau Bachok juga turut membekalkan tong-tong sampah untuk kemudahan pengunjung di pantai ini. Tapi semasa aku sampai di pantai ini, tong sampah entah ke mana. Hanya yang tinggal papan tanda supaya membuang (tohok) sampah dalam tong sampah sahaja yang tinggal.

Semoga pada masa akan datang, para pengunjung akan lebih memahami erti bersih dan makna kotor. Aku berharap pada raya tahun hadapan, dapat sekali lagi aku bergambar bersama keluarga di Pulau Nami Malaysia ini dalam suasana yang bersih dan segar dan Pulau Nami Malaysia akan terus menjadi lokasi bergambar sama ada untuk sesi fotografi bagi pasangan pengantin atau pun untuk koleksi kenangan.

Tuesday, October 20, 2015

RAYA KORBAN TAHUN INI 2015

Raya korban tahun ni agak meriah sikit kerana kami korban 2 ekor lembu. 1 ekor di rumah mek dan seekor lagi di rumah mertua. Di rumah mek, majlis korban ini dibuat pada pagi hari raya pertama. Kami pakat-pakat lapah adik-beradik je lembu seekor ni. Walaupun masing-masing tak pandai dan sama-sama tiada pengalaman, tapi proses melapah dan siang lembu ni akhirnya dapat diselesaikan dengan jayanya. Alhamdulillah.


 






Pada hari keduanya kami adakan sedikit kenduri kesyukuran di mana menu pada hari ini kami buat gotong-royong memasak sesama adik beradik.Ramai jugak tetamu yang hadir pada majlis ini.



Dalam masa yang sama di rumah mertua pula, kami korban seekor lagi lembu. Tapi kerja-kerja melapah dan memotong lembu kami upah je kerana di rumah mertua ni kakitangan tak ramai, jadi terpaksa swasta je kerja-kerja melapah ni. Jadi kami terima yang dah siap je. Tinggal lagi kerja menyiang daging je kami buat sendiri.  Di rumah mak mertua ni kami buat kenduri pada hari raya ketiga. Ramai jugaklah tetamu yang datang. Maklumlah hari raya.









Tuesday, July 28, 2015

RAYA TAHUN INI 2015

Sebagaimana tahun-tahun sudah, raya pada tahun ini disambut di kampung halaman kami Bachok Kelantan. Kami  bertolak pulang pada 14.7.2015 menaiki RORO jam 9.00 pagi. Disebabkan terlalu xcited nak balik kampung, selepas sahur tu kami semua dah tak tidur. Bersiap dan kemas barang dan isi ke dalam kereta. Sebahagiannya dari semalam dah diisi. Penuh jugak barang dalam bonet kereta. Hari tu hujan agak lebat. Walaupun masa berlepas jam 9.00 pagi, tapi bot bergerak agak lewat iaitu lebih kurang jam 9.40 pagi dek hujan yang agak lebat. Yang membimbangkan kami ialah Asyraf pulak yang demam, agak teruk jugak demamnya.

Kami tiba di Kuala Perlis hampir jam 12.00 tengahari. Kami terus ke sekolah Amirul untuk mengambilnya di sana dan seterusnya meneruskan perjalanan. Disebabkan keadaan demam Asyraf agak serius, kami cari klinik swasta dulu di bandar Kangar. Masa tu jam 1 tengahari, klinik semua tutup untuk rehat. Nak tunggu lama lagi, jadi kami teruskan perjalanan takut-takut terjumpa klinik dalam pejalanan kami. Tiada juga, jadi aku terpaksa pergi ke Bandar Darul Aman Jitra untuk cari klinik. Alhamdulillah terjumpa klinik 1 Malaysia. Pergilah buat rawatan kat situ dulu.Mujurlah pesakit tak ramai.

Kami teruskan perjalanan dan berhenti beli juadah berbuka di sebuah pasar ramadan di Grik. Petang tu kami berbuka di Puncak Titiwangsa. Agak ramai jugak perantau yang berhenti buka puasa dan sembahyang di sana. Sampai kereta pun susah nak parking. Selesai berbuka, ke tandas dan sembahyang, kami teruskan lagi perjalanan. Buka puasa hari ni dengan kueh dan air saja. Mungkin dah kenyang, tak de sorang pun minta nak makan malam. Kami hanya berhenti makan malam di Tanggok, Bachok. Sampai dirumah ku hampir jam 12.00 tengah malam. (Takde gambar nak upload- tak terlintas nak shot gambar pulak)

15.7.2015 Asyraf masih lagi demam jadi bawa dia ke klinik Kesihatan Bachok untuk rawatan. Kena ambik darah gak le nak check takut denggi. Alhamdulillah doktor kata hanya demam biasa je. 

Petang tu kami berbuka puasa di rumah mek. Juadah berbuka puasa hari tu nasi kerabu. Berselera betul dapat makan masakan bonda. 





Walaupun tak semua adik beradik pulang beraya kat kampung, tetapi kemeriahan tetap dirasa.Ini cerita hari raya pertama dirumah mek.





Pada Raya kedua, aku buat kenduri sikit di rumah mertua ku. Menu hari tu kurma kambing, kerutub ayam kampung, kerutub serati, gulai daging dan acar timun. Ramai sungguh tetamu yang datang pada majlis tersebut.













Pada sebelah malam keesokannya, kami buat BBQ, bakar-bakar sikit sebelum pulang. 




Keesokan pagi iaitu pagi hari raya ke 5 kami sekeluarga berangkat balik ke Langkawi. Disebabkan tak mahu terperangkap dalam jam sebagaimana tahun-tahun lepas, kami bertolak awal pagi iaitu lebih kurang jam 5 pagi.Cadangan awal nak bertolak jam 3 pagi, tapi disebabkan terlalu mengantuk sampai tak terjaga, terpaksalah bertolak jam 5 pagi. Hari tu sempatlah kami hantar Amirul ke asrama dan Asyraf naik bas di Kuala Perlis untuk pulang ke Kuala Lumpur. Terpaksalah bermalam di hotel kat Kuala Perlis. Keesokannya jam 2 petang, kami menaiki RORO untuk pulang ke Langkawi.