Saturday, January 31, 2009

Tanda-Tanda Sebelum Mati


1. Tanda 100 hari menjelang mati
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar, seluruh tubuhiaitu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati dagingtersebut seakan-akan bergetar....

2. Tanda 40 hari menjelang mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu asar, bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas arash ALLAH SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang masa

3. Tanda 7 hari menjelang mati
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesaktian di mana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan... "

4. Tanda 3 hari menjelang mati
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri, jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.... Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akanperlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya daribahagian sisi... Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akanberansur-ansur masuk ke dalam... Telapak kakinya yang terlunjur akanperlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan...

5. Tanda 1 hari menjelang mati
Akan berlaku sesudah asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu asar keesokan harinya....

6. Tanda akhir
Akan terjadi keadaan di mana kita akan merasakan sejuk di bahagian pusat dan rasa itu akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian Halkum... Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat SYAHADAT dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula...

SESUNGGUHNYA MENGINGAT MATI ITU ADALAH BIJAK

Tuesday, January 20, 2009

Bubur Asyura

Pada 16.1.2009 yang lepas, AJK Surau As Syakirin Taman Kenari, telah mengadakan majlis mengacau bubur asyura. Kami buat 2 kawah je. Kami mula lebih kurang jam 3 petang dan selesai jam 5.30 petang. Kami buat ni bubur asyura ala utara noo. Sedap jugak lah. Tahun ni dapat juga kacau asyura walaupun tak dapat makan asyura kelantan. Bubur Asyura utara ni berbezalah sikit dengan asyura Kelantan/Terengganu. Yang utara punye tak payah masuk rempah dan daging/ayam. Cara memasaknya simple dan cepat, 2 jam dah masak. Kalau yang Kelantan/Terengganu alamatnya dari pagi sampai ke petang le....

Monday, January 19, 2009

Bersih Rumah

Kebetulan ke Terengganu hantar anak masuk asrama baru2 ni, sempat juga balik ke Kuala Berang tengok rumah yang dah sekian lama ditinggalkan. Maklum sajalah dah lebih 2 bulan ditinggalkan, rumputpun dah mulai panjang. Jadi terpaksalah kena potong. Kebetulan pula ari tu hujan lebat, terpaksalah mesin rumput dalam hujan. Mujur tak demam. Sakit jugalah badan, dahlah kena goyang dengan bas dan kena lambung dalam feri lagi. Asyraf sampai termuntah kerana mabuk laut. Kesian.......


Hantar Asyraf Masuk Asrama

Baru seminggu tak blogging rasa macam lama betul. Sebenarnya abah pi hantar anak abah Asyraf masuk asrama di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud Kuala Terengganu (SESMA). Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Seramai 80 orang pelajar tingkatan 1 dari Terengganu, Kelantan dan Sabah telah mendaftar pada 12.1.2009. Terima kasih kepada semua yang membantu terutamanya Che Na, Che Su Na & Ayah Su Aki, KIP Azahan dan lain-lain.
Bergambar di Jeti Kuah


Katil yang telah siap dipasang cadar dan selimut.


Asyraf dan lockernya. hehehe
Pada awal tu Asyraf ni home sick jugak. Tapi lama kelamaan tu, asyraf dah dapat menyesuaikan diri dan nampak makin happy bersama-sama rakan-rakannya. Lagi gambar sila klik di sini.

Thursday, January 8, 2009

Boikot Barangan Israel

Selamatkan rakyat Palestin dengan memboikot barangan keluaran Israel. Klik di sini untuk melihat hasil-hasil keluaran negara tersebut.

Wednesday, January 7, 2009

Hari Asyura (10 Muharram)

Peristiwa bersejarah berlaku pada tarikh 10 Muharram sebagaimana disebut oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Dan pada 10 Muharram (Hari Asyura) ini juga sebanyak empat belas perkara tersebut sunat dilakukan iaitu :-

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

* 'Ustaz ' Li : Sama-samalah kita mengamalkannya. InsyaAllah

Sunday, January 4, 2009

Dataran Lang

Cuti hujung minggu ni, setelah selesai membeli keperluan sekolah anak-anak, kami singgah sebentar di Dataran Lang. Sebenarnya dah banyak kali kami datang ke sini, tapi pada waktu malam. Jadi tak dapatlah kami snap gambar untuk kenangan. gelapppp...

Sebelum ke Dataran Lang tu, kami singgah sebentar di Pasar Minggu Kuah untuk membeli makanan. Antaranya satay, kueh mueh dan minuman.

Memandangkan Ma dah janji dengan kakak untuk belanja ais krim Baskin Robbins jika lulus cemerlang dalam PMR yang lepas, jadi kami pi le ke Jetty Point. Kami belilah 3 cups ais krim BR berbagai perisa. Yang kakak punya tu special sikit lah. Rasanya memang sedap ..... Tapi harganya ..... Ya Rabbi ...... Agaknya inilah pertama dan terakhir kami belinye...